inilah dunia coret-coretanku

Ariel Akhirnya Mengaku dan Menyerah Diri Berikutan Video Seks

Posted by Badrul Hafiz On Thursday, June 24, 2010 8 comments



     Vokalis kumpulan Peterpan, Ariel menyerah diri kepada polis kerana disyaki terlibat dalam pembuatan video lucahnya bersama dua artis wanita lain. Penolong Pegawai Perhubungan Awam Polis Indonesia, Brigadier Zainuri Lubis berkata, Ariel ditahan selama 24 jam untuk disoal siasat ketika menyerah diri pada pukul 3 petang 22 Jun lalu.


     "Ariel menyerah diri dengan dihantar oleh peguamnya dan kini ditahan di Jabatan Siasatan Jenayah," katanya Zainuri di sini hari ini. Zainuri berkata, polis tetap mengeluarkan perintah penahanan Ariel walaupun telah menyerah diri di Ibu Pejabat Polis Indonesia di Jakarta. Menurut beliau, penahanan lanjut hanya akan diputuskan kemudian berdasarkan siasatan yang dijalankan. "Jika perlu untuk siasatan lanjut, jadi dia akan ditahan," jelas Zainuri.

     Zainuri menambah kata, kekasih Ariel, Luna Maya, mahupun seorang lagi artis Cut Tari yang juga disyaki terlibat di dalam video lucah itu masih belum dikeluarkan surat perintah tahanan kerana mereka dianggap sebagai mangsa. Bagaimanapun, kata beliau, status itu mungkin berubah dan ia bergantung kepada hasil siasatan ke atas Ariel.

     Selain itu, Zainuri berkata, polis juga menyoal siasat bekas anggota band Peterpan, Andhika yang menjadi saksi kes berkenaan. Ketiga-tiga artis itu boleh diambil tindakan mengikut Undang-Undang Nombor 44 Tahun 2008 tentang Pornografi dengan hukuman penjara 12 tahun.

     Sebelum ini telah tersebar video seks mirip Ariel dan kekasihnya Luna Maya dan selepas itu tersebar pula video seks mirip Ariel dengan seorang artis wanita lain iaitu Cut Tari. Sementara itu, beratus-ratus orang melancarkan perarakan di Jakarta hari ini, menuntut selebriti yang terlibat dihukum rejam dan sebat di khalayak ramai.

     Kira-kira 1,000 anggota Hizbut Tahrir mengibarkan bendera hitam dan sepanduk dengan slogan 'Tangkap mereka yang melakukan perzinaan'. Protes dilakukan beberapa jam selepas Ariel menyerah diri kepada polis.

8 comments:

CongCot said...

naaah bener nich?
ketauan dech
akhrnya selesai juga ya
sekarang dah ngaku hehe

annazanariah said...

hmm.. semoga dia insaf.. harap diberi hukuman yang setimpal. dapat memberi pengajaran kpd org lain~

iRfan Johan said...

ish3..nsib kt m'sia xde yg kne tangkap

Badrul Hafiz said...

hmmm.... harap cam2 la... pandai wat, pandai tanggong.. uhuhuhuh

Nana Eddy said...

singgah jap klick2 mana-mana ad yang nampak!!

Badrul Hafiz said...

hehe... thanks Nana...

misz_nierah said...

dh terhantuk baru nk tergadah :)

ayisy said...

Huhu... Tu la lain kali nak buat jahat jgn rakam2 kan dah kantol. :P

Related Posts with Thumbnails