inilah dunia coret-coretanku

Cerita Si Huruf T...

Posted by Badrul Hafiz On Wednesday, September 22, 2010 4 comments

Cerita yang bermula dengan huruf T


Tatkala Temperature Terik Terbakar Terus, Tauke Tempe Tetap Tabah, “Tempe-tempe”, Teriaknya.

Ternyata Teriakan Tauke Tempe Tadi Terdengar Tauke Tahu, “Tahu…Tahu…..Tahu… !”

Terpaksa Tauke Tempe Teriak Tambah Tinggi, “Tempe Terbaik, Tempe Tersedap, Tempe Terkenal!!”, Tingkah Tauke Tempe.

Tauke Tahu Tidak Terima,”Tempenya Tengik, Tempenya Tawar, Tempenya Terbusuk…. !” Tukang Tempe Tersenyap, Terhenyak, Terkesima!! .

Tauke Tempe Tak Terima Terpaksa Tampar Tauke Tahu
Tamparannya Tepat Terkena Tauke Tahu.

Tapi Tauke Tahu Tidak Terus Tumbang, Tendangannya Tepat Terkena Tulang Tauke Tempe . Tukang Tempe Terjongkang Tumbang!

Tapi Terus Tegak, Tatapannya Terhunus Tajam Terhadap Tauke Tahu.

Tetapi, Tauke Tahu Tidak Terpengaruh Tatapan Tajam Tauke Tempe Tersebut, “Tak Takut!!” Teriak Tauke Tahu.

Tiba-Tiba Tangan Tauke Tempe Terkepal, Tinjunya Terarah, Terus Tumbukannya Tepat Terkena Tukang Tahu, Tak Terelak!

Tujuh Tempat Terkena Tinjunya, Tumbukan Terakhir Tepat Terkena Tekak. Tauke Tahu Terus Tersembam.

“Tolong.. Tolong.. Tolong..!”, Teriaknya Terdengar Tinggi. Tetapi Tanpa Tunda , Tukang Tempe Teruskan Teriakannya, ”Tempe .. Tempe .. Tempe ..!! “


Tehehehe... Sekian... MySpace

Dipetik daripada gempak.org... credit to cawan kotak



Header From ANISH...

Posted by Badrul Hafiz On 5 comments

Yeaaaahaaaaa.... Akhirnya aku dah berjaya tukar header...
amacam? chantek x?
tapi ni bukan aku yang design tau...
Thanks banyak2 diucapkan pada ANISH yang telah buatkan header yang sangat besh ni...
.
.
tadaaaaa....
.
.
aku bukannya malas nak wat sendiri...
masalahnya aku ni tak pandai langsung nak wat...
edit sikit2 tu boleh la...
maklum la tak berapa nak celik IT..
huhuhu....
.
.
thanks sekali lagi buat ANISH yang sabar melayan karenah aku...
cepat gila dia buat...
hehehe...
.
.
kalau korang nak tengok hasil kerja beliau korang leh klik sini...
banyak kot yang dah dia buatkan...
cantik2 plak 2...
.
.
so, to ANISH aku ucapkan good luck...
keep it up ye...
gunakan bakat yang ada, jgan sia2kan...
.
.
sekian....



Lawak :. Pak Pandir Barah Otak

Posted by Badrul Hafiz On Tuesday, September 21, 2010 1 comments

Satu hari Pak Pandir mengalami sakit kepala yang amat sangat. Lalu dia pun pergi ke pekan untuk berjumpa dengan doktor.

Doktor: Serba salah saya hendak memberitahu Pak Pandir nie..tapi saya mesti beritahu Pak Pandir bahawa Pak Pandir telah menghidapi Barah Otak.


Pak Pandir: Yaaaaaahoooooo!!! (melompat kegirangan)


Doktor: Pak Pandir fahamkan maksud saya? (kebingungan)


Pak Pandir: Tentu sekali saya faham, apa doktor fikir saya b
odoh sangat ke?


Doktor: Habis tu..kenapa gembira sangat?

Pak Pandir: Sebelum ini isteri saya Mak Andir selalu marah saya dengan mengatakan saya “takde otak”. Dengan berita baik ini ia telah membuktikan bahawa saya sebenarnya mempunyai otak.



sekian....



M Rajoli Meninggal Dunia

Posted by Badrul Hafiz On Saturday, September 18, 2010 4 comments

Pelawak dan pelakon terkenal M. Rajoli meninggal dunia di Hospital Ampang di sini, pada pukul 10.55 malam ini akibat penyakit kelenjar kanser otak.

Presiden Persatuan Seniman Malaysia (Seniman), Harun Salim Bachik berkata, Allahyarham dirawat di hospital itu sejak tengah malam semalam setelah mengalami komplikasi penyakit itu.



"Allahyarham meninggal akibat penyakit lamanya itu dan dijangka akan disembahyang dan dikebumi di Keramat petang esok," katanya di sini hari ini.

Beliau berkata hampir keseluruhan anggota keluarga Allahyarham berada bersamanya sebelum Allahyarham menghembuskan nafas terakhirnya.

Harun berkata, pemergian Allahyarham adalah kehilangan besar kepada industri perfileman negara kerana Allahyarham adalah 'bintang yang sentiasa menyinar'. M Rajoli atau nama penuhnya Mohd Rajoli @ Mohd Rajab Mohamed, 64, menghidap penyakit kelenjar kanser otak sejak 2007 dan dirawat di Hospital Kuala Lumpur.

Beliau dimasukkan ke HKL pada 10 Oktober 2007 dan dibedah pada keesokannya apabila doktor mendapati komplikasi penyakit di otaknya.

Selepas tiga minggu berada di Unit Neurologi, HKL, beliau dipindahkan ke Hospital Ampang pada 1 November 2007 untuk menjalani rawatan susulan kimoterapi dan fisioterapi sebelum dimasukkan ke HKL semula untuk rawatan radioterapi kerana keadaan jantungnya yang lemah.

Allahyarham terkenal dengan lakonan versatilnya dan pernah membintangi pelbagai drama dan filem antaranya Congkak dan Lembing Awang Pulang ke Dayang.

Al-Fatihah untuk Allahyarham & semoga roh Allahyarham ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman. Amin.



Metered Earning & Buffered Earning...

Posted by Badrul Hafiz On Tuesday, September 14, 2010 6 comments

YAHOOOOO!!! Dah dapat metered earning untuk blog neh...
dah lama kot aku tak tengok2 apatah lagi nak update blog ni..
baru sekarang nak aktif, tu pon sebab cuti 2 minggu..
kalau tak.. hmmmmm..
.
.
so ni 1st time dapat sejak berbloging..
percaya tak? hehe..
.
.
haaaa.. tengok ni...


iklan Microsoft Silverlight nie kejap je jadi BE..
mungkin malu kot nak singgah lama2 kat blog burok ni..
so memang iklan tu dah tak muncul2 lagi dah.. huhu...
.
.
.
thanks to this advertiser..
kalau ada iklan baru tu, jangan segan2 letak ye..
amat dialu2kan..
.
.
and BE yang masih lagi aktif berjalan2


kalau tak baru2 ni ada 4 BE, tapi dah tinggal 2..
disebabkan aku malas update, BE tu dah hilang dah..
.
.
. 
thanks to Mr Nuffnang coz sudi bagi BE..
really appreciate it..
n jangan malu2 la nak tarok BE lagi..
hehe..

and thanks to all blogger members 
yang memang suke datang kat blog yang tak seberapa ni..
sila la datang selalu lagi ye..
jangan segan, klik je apa yang patot..
hehe



Selamat Hari Raya Aidilfitri...

Posted by Badrul Hafiz On Sunday, September 12, 2010 2 comments





Update Blog

Posted by Badrul Hafiz On 2 comments

haha.... setelah sekian lama menyepi, tetiba terasa gatal tangan plak nk godek2 blog ni... dah tukar templete tapi rasa macam pelik plak...
.
.

kejap tengok cantik, kejap tengok burok... ntah la... nanti2 la pulak tukar.. hhuhk...
.
.
tu je en3 untok hari ini...
.
sekian

Related Posts with Thumbnails