Lenka atau nama sebenar beliau, Lenka Kripac merupakan seorang penyanyi dan penulis lagu berasal dari Australia. Beliau dikenali melalui lagunya "The Show" dari album Lenka, yang kini hangat dipasaran, termasuklah Old Navy. Sebelum ini beliau hanya dikenali di Australia sebagai pelakon dimana beliau telah muncul dalam siri televisyen dan filem2 di Australia.
Anak kepada ayah yang meminati muzik jazz yang sebelumnya tinggal di Czechoslovakia dan telah berpindah dan menetap di Australia. Ibunya merupakan seorang guru sekolah di Australia. Lenka lahir dan dibesarkan di perkampungan kecil di situ sehinggalah beliau berusia usia tujuh tahun, keluarganya telah berpindah ke Sydney. Di sana, beliau memulakan persekolahannya, latihan muzik, dan mula bekerja sebagai pemain muzik.
Kerjaya
Pelakon
Pada zaman remaja beliau, Lenka belajar berlakon di Australian Theater For Young People, di mana dia berlatih dengan pelakon Cate Blanchett di sekolah. Lenka membintangi drama ABC-TV Australia siri GP sebagai Vesna Kapek pada 1990-an. Dia juga pernah menjadi host Cheez TV dan pernah menjemput tetamu yang membintangi siri TV Australia yang lain termasuklah Neighbours, Wild Side, Head Start dan beliau merupakan pengacara yang dapat memikat hati penonton. Beliau membintangi filem Australia The Dish dan Lost Things, dan menglibatkan diri dalam penghasilan teater.
Muzik
Lenka Kripac adalah ahli band rock crossover elektronik-Decoder Ring Australia untuk dua album mereka. Beliau kemudian berpindah ke California pada tahun 2007.
Kerjaya Solo
Setelah beliau membuat keputusan untuk mengambil nama Lenka dan menjadi artis solo, Lenka melancarkan album pertamanya pada tarikh 24 September 2008 iaitu "The Show”. Album ini diterbitkan oleh Stuart Brawley dan telah berada pada nombor 142 di Billboard Amerika 200.
Lenka mencipta seni stop-motion animasi video muzik untuk albumnya dengan James Gulliver Hancock, seorang artis visual dari Australia. Kesan kekanak-kanakan untuk semua video muziknya dilakukan dengan sengaja. Dia menyumbangkan vokalnya di dua lagu ("Addicted" dan "Sunrise") pada album artis Jerman, Schiller iaitu Atemlos,
Lenka at Hotel Cafe Tour at Doug Fir in Portland Oregon, 2008
Kelahiran Anak Keempat Yang Tidak Disangka!
-
Lamanya tak mengarang dekat blog ni. 4 bulan berlalu dah kan? Last time pun
nak cerita tentang anak kedua operate tonsil pun tak terpost lagi dekat
blog....
6 days ago
0 comments:
Post a Comment