inilah dunia coret-coretanku

Mat Jaja

Posted by Badrul Hafiz On Tuesday, June 22, 2010 0 comments

     SITKOM Hujung Minggu anda akan diceriakan dengan sebuah lagi sitkom menarik dan menggelikan hati iaitu Mat Jaja. Sebelum ini banyak juga sitkom ditayangkan di TV9 seperti Ceplos, Pak Pandir Moden, Anak Mami, Nana Tanjung dan Mat Jenin.


     Mat Jaja yang dihimpunkan dalam 15 episod menemui penonton setiap Jumaat hingga Ahad pada jam 8.30 malam sejak 14 Mei lalu. Berkisarkan graduan bernama Mat yang susah mencari pekerjaan akibat ekonomi meleset. Untuk mencari rezeki halal, Mat berusaha menjadi usahawan muda dengan menjual barangan runcit dari rumah ke rumah. Sejak itu Mat dikenali sebagai Mat Jaja oleh masyarakat di kawasan perumahan tempat tinggalnya. Rutin harian Mat Jaja setiap pagi ialah pergi ke pasar borong dan setelah itu dia akan menjaja barangan yang dibeli itu dari rumah ke rumah. Pelanggan tetapnya adalah Kak Leha, Mak Ngah dan rakannya.



     Satu pagi Mat Jaja terlewat sampai ke kawasan perumahan mereka dan Mak Ngah mengajak kawannya ke kedai runcit Mahat. Apabila sibuk memilih barangan, Mat Jaja pun muncul. Mak Ngah dan kawannya terus menerpa ke Mat Jaja. Mahat berasa iri hati dan marah kepada Mat Jaja kerana perniagaannya terjejas sejak kemunculan Mat Jaja. Bagi membalas dendam, Mahat memberi ‘tugas’ kepada Hadi untuk mengganggu perniagaan Mat Jaja. Hadi menabur paku di sekitar tempat letak lori Mat Jaja dan mengugut supaya dia tidak berniaga di situ. Mat Jaja bukan pendendam. Apabila mendapat tahu Hadi meminati muzik, dia mengajar Hadi bermain gitar dengan cara betul. Akhirnya hubungan Hadi dan Mat Jaja menjadi rapat dan dia melupakan ‘tugas’ awalnya. Mahat semakin marah pada Mat Jaja kerana orang harapannya berjaya ‘dibeli’ oleh Mat Jaja.





     Di dalam sitkom ini, Mat Jaja boleh dikatakan ‘hero’ di tempat tinggalnya kerana sering membantu jirannya. Satu hari Mat Jaja mendapat jiran baru bernama Saiful dan isteri, Nurul Ain. Mat Jaja ingin membantu mereka tetapi Saiful jual mahal kerana menyangka Mat Jaja inginkan upah. Saiful juga suka memperkecilkan Mat Jaja kerana menyangka dia tidak berpelajaran. Namun satu hari Saiful terkejut apabila Mat Jaja memperbaiki keretanya yang rosak dan menjelaskan kerosakan kereta itu dengan menggunakan istilah teknologi yang Saiful sendiri tidak faham.



     Kebaikan Mat Jaja disalah anggap oleh Saiful apabila satu ketika dia mendapat tahu Mat Jaja sering memberi ikan dan sayur secara percuma kepada isterinya. Saiful terus memarahi Mat Jaja tanpa usul periksa tetapi akhirnya meminta maaf apabila dia mendapat tahu Mat Jaja hanya membantu kerana Saiful tidak mampu memberi duit dapur kepada isterinya akibat banyak hutang.


     Lakonan Zul Yahya sebagai Mat Jaja sungguh mencuit hati dengan lakonannya yang bersahaja. Apatah lagi dengan telatah Raja Azura dan artis lain yang pasti ‘pecah perut’ dibuatnya.



Episod 1 [part 1] [part 2] [part 3]
Episod 2 [part 1] [part 2] [part 3]
Episod 3 [part 1] [part 2] [part 3]
Episod 4 [part 1] [part 2] [part 3]
Episod 5 [part 1] [part 2] [part 3]
Episod 6 [part 1] [part 2] [part 3]
Episod 7 [part 1] [part 2] [part 3]
Episod 8 [part 1] [part 2] [part 3]
Episod 9 [part 1] [part 2] [part 3]
Episod 10 [part 1] [part 2] [part 3]
Episod 11 [part 1] [part 2] [part 3]
Episod 12 [part 1] [part 2] [part 3]
Episod 13 [part 1] [part 2] [part 3]
Episod 14 [part 1] [part 2] [part 3]
Episod 15 [part 1] [part 2] [part 3]


Lagu tema sitkom Mat Jaja, Kospirasi by Plague of Happiness

Lirik lagu

Benci yang kau semai
Seakan luka terlerai
Bawakan nanah hitam yang tak akan berdamai
Oh
Bila kah ia henti
Tak tahan lagi berdiri
Menanggung Caci



Konspirasi ini
Dijadikan institusi
Semat ke dalam jiwa
Dijulang tinggi
Oh
Ini modenisasi
Nilai pekerti diri
Merundum sepi



Puisi desakan hati
Mohon lagi dierti
Tiada lagi indah
Tersusun rapi
Oh
Henti menuding jari
Henti hasutan hati
Tertusuk duri



Oh… kenapa kita tetap berpecah lagi
Buanglah semua perasaan benci
Jangan engkau ikut desakan hati
Oh… Kian kelak kita yang akan rugi




klik mr.nuff ni untok support.. sedekah kan amalan mulia.. dapat pahala lagi..




0 comments:

Related Posts with Thumbnails