inilah dunia coret-coretanku

Sesi Perbincangan Bajet 2011 Astro Awani: "Ikon Kenshido"

Posted by Badrul Hafiz On Friday, December 31, 2010 1 comments


Kemajuan Modal Insan & Bajet 2011, esklusif Dato Dr Jamalulai (Bapa pembangunan modal insan) dalam program Astro Awani memuji-muji ayahda sifu Aziz (Bapa Usahawan Score A) dalam menjayakan Program Score A dan telah melahirkan ramai orang jutawan dalam masa yang singkat!! HEBAT!!!


nota: Sila pause lagu dahulu sebelum memainkan video ini. Ianya (Layan Lagu Dulu) terletak di sebelah kanan blog ini.



Kepada anda yang masih belum mengetahui apa itu Score A Programme ataupun Kenshido, bolehlah lawati blog jom-skorA.blogspot.com. Mungkin ianya dapat membantu anda mengetahui lebih lanjut tentang kaitan video di atas.









Tahniah 111

Posted by Badrul Hafiz On Saturday, December 11, 2010 2 comments



Salam 1 Malaysia semua..
.
.
Wah.. Dah lama kot aku tak tulis entri baru.. Asyik kopi copy n paste je.. So aku malas la nak celoteh panjang-panjang.. Kita teruskan ke tajuk utama kita iaitu TAHNIAH 111..
.
.
Apa tu..???
.
.
Itu aku tujukan kepada follower bertuah yang bertandang kat blog aku ni ha..



So aku ucapkan tahniah kepada empunya blog SCARLETT'S PETALS 
yang sudi follow blog aku yang tak seberapa ini..
Sudilah terima award ni..
.
.

Click then press ctrl + C


Dah lebih 6 bulan aku dalam dunia blog ni, tapi baru capai 111 follower.. Huhu.. Sedihnya..
(Jangan la gelak..)
.
.
Ini kerana aku tersangat la sibuk dengan study pada bulan-bulan yang lepas.. Ni baru cuti.. So boleh la start blogwalking semula..
.
.
Terima kasih buat semua rakan-rakan blogger yang sudi follow.. Aku hargai sangat-sangat..
Kepada follower yang aku tak follow balik tu, mintak maaf la ye..
Mungkin aku terlepas pandang and korang boleh la inform kat shoutmix..
.
.
Sekali lagi diucapkan tahniah.. Jom kita terjah ke blog Scarlett O'hara


Tanda 100 Hari Sebelum Mati

Posted by Badrul Hafiz On Thursday, December 9, 2010 2 comments

TANDA PERTAMA

Ini adalah tanda pertama dari Allah SWT kepada hambanya dan hanya akan disedari oleh mereka yang dikehendakinya.
Semua orang Islam akan mendapat tanda ini cuma samada mereka sedar atau tidak sahaja. Tanda ini akan berlaku lazimnya selepas waktu Asar . Seluruh tubuh iaitu dari hujung rambut sehingga ke hujung kaki akan mengalami getaran atau seakan-akan mengigil. Contohnya seperti daging lembu yang baru saja disembelih dimana jika diperhatikan dengan teliti kita akan mendapati daging tersebut seakan-akan bergetar.

Tanda ini rasanya lazat dan bagi mereka yang sedar dan berdetik di hati bahawa mungkin ini adalah tanda mati maka getaran ini akan berhenti dan hilang setelah kita sedar akan kehadiran tanda ini. Bagi mereka yang tidak diberi kesedaran atau mereka yang hanyut dengan kenikmatan tanpa memikirkan soal kematian, tanda ini akan lenyap begitu sahaja tanpa sebarang munafaat. Bagi yang sedar dengan kehadiran tanda ini maka ini adalah peluang terbaik untuk memunafaatkan masa yang ada untuk mempersiapkan diri dengan amalan dan urusan yang akan dibawa atau ditinggalkan sesudah mati.


TANDA 40 HARI

Tanda ini juga akan berlaku sesudah waktu Asar. Bahagian pusat kita akan berdenyut-denyut. Pada ketika ini daun yang tertulis nama kita akan gugur dari pokok yang letaknya di atas Arash Allah SWT. Maka Malaikat Maut akan mengambil daun tersebut dan mula membuat persediaannya ke atas kita, antaranya ialah ia akan mula mengikuti kita sepanjang masa.

Akan terjadi Malaikat Maut ini akan memperlihatkan wajahnya sekilas lalu dan jika ini terjadi, mereka yang terpilih ini akan merasakan seakan-akan bingung seketika. Adapun Malaikat Maut ini wujudnya cuma seorang tetapi kuasanya untuk mencabut nyawa adalah bersamaan dengan jumlah nyawa yang akan dicabutnya.


TANDA 7 HARI

Adapun tanda ini akan diberikan hanya kepada mereka yang diuji dengan musibah kesakitan di mana orang sakit yang tidak makan secara tiba-tiba ianya berselera untuk makan.


TANDA 3 HARI

Pada ketika ini akan terasa denyutan di bahagian tengah dahi kita iaitu diantara dahi kanan dan kiri. Jika tanda ini dapat dikesan maka berpuasalah kita selepas itu supaya perut kita tidak mengandungi banyak najis dan ini akan memudahkan urusan orang yang akan memandikan kita nanti.

Ketika ini juga mata hitam kita tidak akan bersinar lagi dan bagi orang yang sakit hidungnya akan perlahan-lahan jatuh dan ini dapat dikesan jika kita melihatnya dari bahagian sisi. Telinganya akan layu dimana bahagian hujungnya akan beransur-ansur masuk ke dalam. Telapak kakinya yang terlunjur akan perlahan-lahan jatuh ke depan dan sukar ditegakkan.


TANDA 1 HARI

Akan berlaku sesudah waktu Asar di mana kita akan merasakan satu denyutan di sebelah belakang iaitu di kawasan ubun-ubun di mana ini menandakan kita tidak akan sempat untuk menemui waktu Asar keesokan harinya.


TANDA AKHIR

Akan berlaku keadaan di mana kita akan merasakan satu keadaan sejuk di bahagian pusat dan ianya akan turun ke pinggang dan seterusnya akan naik ke bahagian halkum. Ketika ini hendaklah kita terus mengucap kalimah syahadah dan berdiam diri dan menantikan kedatangan malaikat maut untuk menjemput kita kembali kepada Allah SWT yang telah menghidupkan kita dan sekarang akan mematikan pula. 




Cara Meningkatkan Traffic Blog dan Alexa Ranking?

Posted by Badrul Hafiz On Saturday, December 4, 2010 0 comments

Trafik atau pengunjung merupakan satu faktor utama jika anda menjalankan bisnes, tak kira samada dilakukan online, mahupun secara offline. Untuk mendapat traffic atau kunjungan potensi pelanggan, terdapat pelbagai cara. Salah satu daripadanya ialah mendapatkan backlink. Apa kata kita ikuti cara ini:


FORMULA TINGKAT TRAFFIC DI BLOG DENGAN MUDAH

Perkara yang harus anda lakukan adalah mengikuti langkah-langkah berikut:- 

1. Tulis posting artikel seperti posting saya ini, atau copy-paste artikel ini. Kemudian beri tajuk yg menarik.
2. Anda hanya cuma meletakkan Link URL di bawah ini untuk artikel yang anda tuliskan dalam blog / web anda.

1.
Free Templates
2.
Jogja-Blogger
3.
Tutorial Blogging | Internet Bisnis Online
4.
pVidia Blog
5.
Stop Dreaming Start Action (Jonru)
6.
Bisnis di Internet
7.
Blogging-Surfer
8.
Tintalughahwi
9.
Igauan
10.
Ad-dai’
11.
Segalanya tentang bisnes
 
12.Blog for fun$ n Money$
13. Raja Copy Paste Ahfat Raksaksa
14.Your Online Shopping Platform | DyllaCollection


15. 

Bicara Usahawan | ~Sekadar Mencoret~


PERATURAN 1. Sebelum anda meletakkan web-web di atas di komuniti Link URL ke posting web / blog anda, sila hapuskan link nombor 1.Selepas itu pindahkan Link no.2 menjadi no.1, yang No.3 jadi No.2, yang No.4 jadi No.3 dan seterusnya. Setelah itu masukkan link anda di urutan bawah (No.15).
2. Ingat! Jangan Ubah urutan daftar link itu.
Jika setiap blogger mengikuti formula tersebut,maka bakal menghasilkan backlink seperti berikut:
Bila posisi anda pada no.15, jumlah backlink = 1
Posisi no.14, Jumlah backlink = 5
Posisi no.13, Jumlah backlink = 25
Posisi no.12, Jumlah backlink = 125
Posisi no.11, Jumlah backlink = 625
Posisi no.10, Jumlah backlink = 3,125
Posisi no.9, Jumlah backlink = 15,625
Posisi no.8, Jumlah backlink = 78,125
Posisi no.7, Jumlah backlink = 390,625
Posisi no.6, Jumlah backlink = 1,953,125
Posisi no.5, Jumlah backlink = 9,765,625
Posisi no.4, Jumlah backlink = 48,828,125
Posisi no.3, Jumlah backlink = 244,140,625
Posisi no.2, Jumlah backlink = 1,220,703,125
Posisi no.1, Jumlah backlink = 6,103,515,62

YA LEBIH DARI 6 JUTA BACKLINK !!!

Bayangkan jika ini boleh berjalan dengan sempurna maka anda akan mendapatkan backlink maksimum 6,103,515,62 dari berbagai blog yang anda tidak akan pernah membayangkan sebelumnya.Jika ada pengunjung ke blog anda dari Link List yang disebutkan di atas maka anda akan secara automatik mendapatkan lalu lintas ke web / blog anda juga.
Ingat! Aturan permainan,link blog anda harus mulai dari urutan (No.15), sehingga hasil anda dapat Maksimum backlink. Jangan salahkan saya jika anda tidak mengikuti formula ini dengan betul dan link anda tiba-tiba berada di urutan No.1 dan menghilang di daftar link. Jadi mulai urutan adalah di bahagian bawah (No.15).
OK..SELAMAT MENCUBA..SEMOGA SAMA-SAMA BERJAYA.

artikel asal :
MAEL

Lawak 3 Remaja

Posted by Badrul Hafiz On Thursday, December 2, 2010 4 comments

Di sebuah kg ada 3 org remaja yg suka lepak. Sorang tu nama dia Ali, sorang tu Budin dan sorang lagi Ciko. Aktiviti seharian depa ni menybbkan tok imam tak senang duduk. Pada satu hari tok imam tu datang dengan niat nak tarbiyah depa ni.


Maka berlakulah beberapa insiden cabar-mencabar. Tok imam tu cabar si mangkuk 3 ekor tu ke surau waktu Maghrib nanti.

Si Ali pun berkata, "Tok imam ingat kami ni jahil sangat ke? Takpa, nanti kami buktikan yg kami bukan la jahil sangat seperti yang disangkakan" .

Maka apabila hampir masuk waktu Maghrib pegilah malaun 3 ekor tu ke surau.

Tok imam pun suruh Ali azan. Tanpa berlengah terus je Ali azan, "Allah Ta'ala... Allah Ta'ala...". Dengan segera tok imam merampas mikrofon daripada Ali dan menyuruh Tok Bilal azan semula. Terserlah kejahilan Ali.

Selepas iqamat, masa nak sembahyang tok imam pun mengangkat takbiratul ihram. Tok imam pun satu hal, angkat sekali tak khusyuk, angkat 2 kali pun tak khusyuk jugak lagi...

Masuk je kali ketiga, Budin panggil tok imam. "Tok,tok duduk kat belakang, biar saya jadi imam." Tok imam pun undur le ke belakang.

Budin pun angkat le takbiratul ihram. "Allahu akbar!" Maka para makmum pun ikut angkat takbiratul ihram & memulakan solat. Tiba-tiba je si Budin ni pusing ke belakang dan berkata, "Aaa, tengok! Sekali jee tokkkk!!" Lalu batallah solat Budin. Yg lain-lain pun ikut berenti sambil ketawa terbahak-bahak.

Tok imam pun mintak pulak si Ciko jadi imam. Si Ciko pun terus ke depan jadi imam solat tersebut bermula dari takbir sampai le habis sembahyang. Siap dg wirid-wiridnya sekali. Punyalah respek tok imam kat si Ciko niii...

Lepas solat, tok imam pun puji-memuji leee si Ciko ni... Tapi dgn bongkaknye si Ciko berkata,

"He hee, itu belum ambil wuduk lagi tu.Kalau tak, lagi dassat aku semayang. He heee..."

Tok imam pun terkedu & terpana...







Related Posts with Thumbnails