inilah dunia coret-coretanku

Adab serta kelebihan menyambut tetamu

Posted by Badrul Hafiz On Monday, December 26, 2011 0 comments

Menyambut dan memuliakan tetamu adalah kemuliaan yang dituntut Islam. Ini dianggap satu daripada tanda keimanan seseorang.

Sabda Nabi bermaksud: Dan sesiapa yang beriman dengan Allah dan hari akhirat, hendaklah dia memuliakan tetamunya. (Sebahagian daripada hadis yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim daripada Abu Hurairah)

Adab menyambut tetamu ialah:
1. Menjawab salam dengan cara lebih baik atau sekurang-kurangnya sama dengan ucapan yang diterima.
Contohnya, jika tetamu berkata Assalamualaikum, jawab dengan Waalaikumusalam Wa Rahmatullah.

2. Persilakan tetamu masuk dengan kata-kata yang baik dan muka manis sambil berjabat tangannya.
Daripada Al-Barra bahawa Rasulullah bersabda maksudnya: Apabila bertemu dua Muslim dan berjabat tangan, diampunkan dosa kedua-duanya sebelum mereka berpisah. (Hadis riwayat Abu Daud)
Bagaimanapun, berjabat tangan antara lelaki dan perempuan yang bukan mahram dilarang.
 


3. Jika tetamu datang dari jauh harus dipeluk dan dicium.
Saidatina Aisyah berkata: Ketika Zaid Harithah tiba di Madinah, Rasulullah berada di rumahnya. Beliau datang ke rumah dan mengetuk pintu. Baginda bangkit lantas memeluk dan menciumnya. (Hadis riwayat at-Tirmizi) 



4. Segera hidangkan makanan dan minuman paling baik sekadar termampu. 

Kalau boleh pada hari pertama, tetamu dijamu hidangan lebih istimewa daripada kebiasaan.
Allah menceritakan bagaimana Nabi Ibrahim menyambut tetamu dalam firman-Nya bermaksud: Dan sesungguhnya telah datang malaikat utusan Kami kepada Nabi Ibrahim dengan membawa berita yang menggembirakan. Mereka memberi salam dengan berkata: Salam sejahtera kepadamu (wahai Ibrahim). Nabi Ibrahim menjawab: Salam sejahtera kepada kamu. Maka tidak berapa lama selepas itu, dia membawa jamuan untuk mereka; seekor anak lembu yang dipanggang. (Surah Hud, ayat 69)
 


5. Menunaikan hak tetamu dengan sebaik-baiknya iaitu menyediakan makanan dan minumannya selama tiga hari tiga malam.
Jika tetamu menginap lebih lama, anggaplah apa yang disediakan selepas itu sebagai sedekah yang diberi ganjaran pahala berlipat ganda. Sekiranya kesempitan, berbincang dengan mereka secara bijaksana.



Related Posts with Thumbnails