inilah dunia coret-coretanku

Ariel sudah mengaku. Video porno Ariel dan Bunga Cinta Lestari pula tersebar?

Posted by Badrul Hafiz On Friday, July 2, 2010 4 comments

JAKARTA: Pemeriksaan terhadap penyanyi utama kumpulan Peterpan, Ariel, berhubung video porno sudah berakhir. Menurut laporan, Ariel sudahpun menandatangani dokumen siasatan dan mengaku terlibat dengan video berkenaan.

Perkara itu dinyatakan oleh satu sumber akhbar Internet, Detikhot di ibu pejabat polis di Jakarta ketika dihubungi dengan telefon semalam.

Menurut sumber berkenaan, Ariel membuat pengakuan pembabitannya sejak awal lagi.
“Ketika datang kali pertama dia sudah mengaku,” kata sumber berkenaan.

Katanya, polis enggan menetapkan Ariel sebagai suspek sebelum ini kerana mahukan bukti lain selain pengakuan penyanyi itu. “Kita perlu mempunyai bukti untuk menguatkan pendakwaan. Kini, dia sudah menandatangani dokumen siasatan,” kata sumber itu.

Bagaimanapun, peguam Ariel dan Luna Maya, OC Kaligis menafikan dakwaan itu.“Tidak ada pengakuan. Saya tidak tahu mengenainya,” kata peguam berkenaan ketika ditemui di Ibu Pejabat Polis Jakarta, semalam.

Namun belum selesai kes video seks Luna Maya, Ariel dan Cut Tari, kini tersebar pula dakwaan wujudnya video porno Ariel-Bunga Citra Lestari (BCL). Video berkenaan dikatakan beredar dalam bentuk VCD.

Bunga Cinta Lestari

Polis Jakarta berkata, pihaknya sudah bersedia melancarkan siasatan jika video itu benar wujud. VCD porno itu dikatakan dijual penjual VCD di Manado, Sulawesi Utara dengan harga cukup tinggi, 400,000 rupiah (RM144) sekeping. Ketika diminta mengesahkan kebenarannya, polis berkata, mereka belum menerima maklumat mengenainya.

Jurucakap polis, Brigadier Jeneral Zainuri Lubis ketika ditemui di Jakarta berkata, pihaknya perlu mengesahkan kewujudannya sebelum mula menyiasat. “Jika ada gambarnya, kita akan menyiasat. Selepas itu, kita akan tentukan pula tindakan lain,” kata Zainuri.

BCL, isteri pelakon Malaysia, Ashraf Sinclair, pernah diminta mengesahkan dakwaan itu. Pengurusnya, Dodi bagaimanapun menafikannya. “Bunga tidak pernah dekati Ariel kecuali berkait dengan kerja,” kata Dodi. Pasangan itu hanya dikaitkan kerana mereka pernah dilihat jalan bersama pada 2007.

Ariel ketika itu berkata, hubungannya dengan penyanyi lagu ‘Pernah Muda’ hanya sekadar kawan.

4 comments:

Izyan Balqis said...

sggah d sni..knpe xde chat box da?? xjmpe..huhu..

Badrul Hafiz said...

ada je kat tepi blah kanan.. lambat kuar kot...

Izyan Balqis said...

lambat kuar la bad...ssh nk chat...huhu..knpe..bhgian tpi mcm ad tv tpi xnmpk...hbes loading pn cmtuh jugak

Badrul Hafiz said...

huhu... x pe.. bard dah ubah demi kesenangan sume.. kak anna pon ada ckp ri2..
sory ye..

Related Posts with Thumbnails