inilah dunia coret-coretanku

Adab serta kelebihan menyambut tetamu

Posted by Badrul Hafiz On Monday, December 26, 2011 0 comments

Menyambut dan memuliakan tetamu adalah kemuliaan yang dituntut Islam. Ini dianggap satu daripada tanda keimanan seseorang.

Sabda Nabi bermaksud: Dan sesiapa yang beriman dengan Allah dan hari akhirat, hendaklah dia memuliakan tetamunya. (Sebahagian daripada hadis yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim daripada Abu Hurairah)

Adab menyambut tetamu ialah:
1. Menjawab salam dengan cara lebih baik atau sekurang-kurangnya sama dengan ucapan yang diterima.
Contohnya, jika tetamu berkata Assalamualaikum, jawab dengan Waalaikumusalam Wa Rahmatullah.

2. Persilakan tetamu masuk dengan kata-kata yang baik dan muka manis sambil berjabat tangannya.
Daripada Al-Barra bahawa Rasulullah bersabda maksudnya: Apabila bertemu dua Muslim dan berjabat tangan, diampunkan dosa kedua-duanya sebelum mereka berpisah. (Hadis riwayat Abu Daud)
Bagaimanapun, berjabat tangan antara lelaki dan perempuan yang bukan mahram dilarang.
 


3. Jika tetamu datang dari jauh harus dipeluk dan dicium.
Saidatina Aisyah berkata: Ketika Zaid Harithah tiba di Madinah, Rasulullah berada di rumahnya. Beliau datang ke rumah dan mengetuk pintu. Baginda bangkit lantas memeluk dan menciumnya. (Hadis riwayat at-Tirmizi) 



4. Segera hidangkan makanan dan minuman paling baik sekadar termampu. 

Kalau boleh pada hari pertama, tetamu dijamu hidangan lebih istimewa daripada kebiasaan.
Allah menceritakan bagaimana Nabi Ibrahim menyambut tetamu dalam firman-Nya bermaksud: Dan sesungguhnya telah datang malaikat utusan Kami kepada Nabi Ibrahim dengan membawa berita yang menggembirakan. Mereka memberi salam dengan berkata: Salam sejahtera kepadamu (wahai Ibrahim). Nabi Ibrahim menjawab: Salam sejahtera kepada kamu. Maka tidak berapa lama selepas itu, dia membawa jamuan untuk mereka; seekor anak lembu yang dipanggang. (Surah Hud, ayat 69)
 


5. Menunaikan hak tetamu dengan sebaik-baiknya iaitu menyediakan makanan dan minumannya selama tiga hari tiga malam.
Jika tetamu menginap lebih lama, anggaplah apa yang disediakan selepas itu sebagai sedekah yang diberi ganjaran pahala berlipat ganda. Sekiranya kesempitan, berbincang dengan mereka secara bijaksana.



Hukum Menyebut Oh My God! (OMG)

Posted by Badrul Hafiz On Sunday, May 8, 2011 1 comments



Sure U all pernah dengar rakan-rakan disekeliling kita ni sebut perkataan demikian? Anna akui Anna juga pernah sebut 'word' tersebut dulu. Tapi selepas dengar lecturer Anna (Dr Faizah Abd Ghani) bahaskan tentang 'word' tersebut terus takut dan berhati2 bila nak tersebut.. Kadang2 terbabas jugak! Astaghfirullah~~~ Betapa nipisnya imanku..






Anna nak tanya, jawab secara jujur k.. SEMASA U ALL SEBUT 'WORD' TERSEBUT, U ALL MAKSUDKAN ALLAH atau JUZ SAJA2 SEBUT?Mungkin dah jadi TABIAT untuk sebut kan? Menurut Dr., akidah sedikit goyah apabila menyebutnya tanpa betul2 tumpuan memberi maksud ALLAH. Sebaliknya hanya membayangkan GOD @ TUHAN. Bukan Allah... Nau'zubillah kalau itu berlaku...

Berikut Anna petik artikel daripada Majalah Wanita ruangan Kemusykilan Agama yang dijawab oleh Datuk Dr Mashitah Ibrahimberkenaan hukum menyebut “Oh My God” ini. Semoga ia memberi pengajaran buat kita semua dan lepas ni kalau nak sebut nama tuhan kita, biar ia jelas dan sampai maksudnya. … Ya Allah Ya Tuhanku….




 (right click-open new tab untuk tumbesaran beliau) 


So, camne? Apa pandangan U all tentang perkara ini? Adakah perlu dipandang ringan atau perlu dihebah-hebahkan? Atau perlu perdebatan lagi? Anna harap kepada rakan-rakan di luar sana dapat bersama-sama memberi respon sebab ianya melibatkan AKIDAH. Ya Allah ampuni aku sekiranya perkara yang disampaikan menyebabkan kemurkaanMu...

Wallahu'alam~~

dipetik dari blog Blue Crystal





Berapa Beratkah?

Posted by Badrul Hafiz On Tuesday, March 29, 2011 0 comments

Seorang guru memegang segelas air dan bertanya kepada anak muridnya. “Berapa beratkah air ni?”

“10 ml!” “15ml!”, “50ml!” “100ml!”
Murid-murid menjawab.

Bagus! tetapi saya sendiri tidak pasti berapa berat air ni kerana saya tidak menimbangnya. Ok bagaimana kalau saya memegang gelas ini selama seminit?
“Tiada apa-apa!” Murid menjawab

Kalau saya memegang selama setengah jam?

“Tangan lenguh!” Murid menjawab,

Ok adakah berat gelas ini berubah, bertambah berat misalnya?
“Tidak!” murid menjawab.

Ok bagaimana pula kalau saya memegang setengah hari?

“Tangan cikgu boleh kebas dan kena hantar ke hospital kerana lumpuh”, salah seorang murid menjawab diikuti dengan gelak ketawa satu kelas.

Guru tersenyum, “Bagus! Hmm bagaimana pula kalau saya pegang cawan ni satu hari? dua hari? seminggu? setahun?”

Murid-murid mula pening, gilo ker apo?

Ok kalau macam tu bagaimana nak mengelakkan saya dimasukkan ke hospital?
“Lepaskan sahaja gelas itu!”

Ya , itulah jawapan yang saya cari. Begitulah ibarat dengan masalah yang kita hadapi. Kita masih bertahan jika kita menanggung beban satu masalah itu dalam masa yang singkat tetapi kalau masalah itu dibawa ke satu masa yang lama, ia akan menjadi berat walau pun sebenarnya beratnya adalah sama.

Jadi setiap masalah yang kita hadapi tu janganlah dibawa, segala masalah hendaklah diselesaikan atau dilupakan selewat-lewatnya sebelum kita tidur supaya masalah itu tidak menghantui kita keesokan harinya. Jadi pada setiap pagi kita bangun otak kita jadi fresh dan bersedia menghadapi hari baru dengan lebih ceria dan penuh semangat.
Ini dapat mengelakkan stress dan kemurungan yang silap-silap boleh menyebabkan kita ke hospital sakit jiwa
Ingat…

“Lepaskan sahaja gelas itu!”

selawat~



Related Posts with Thumbnails